Sunday, 29 December 2013

Ku Pohon Restumu



Bonda,
ku merindukanmu
ku inginkanmu
ku mahukan kamu
kemba
lilah bersamaku
menjalani hari-hari seperti duhulu
bondaku
.

Bonda,
daku mohon ampun bonda,
kini daku
sedari kekhilafanku,
wahai bondaku…
dengarlah…..
bonda !!

Bonda,
hari ini kau telah tiada
hari ini juga aku meningkat dewasa,
hari ini aku sudah bergelar seorang bonda
zuriatku kini,
lahirnya tanpa seorang bapa.

Bonda,
dahulu daku ingkar nasihatmu,
daku melawan kata-katamu,
daku menafikan peringatan darimu,
aku terlalu didorong nafsu
manaruh kasih dan sayang
dari insan yang bukan mahramku
yang bukan jodoh terbaik untukku
yang akhirnya telah memakan diriku.

Bonda,
aku masih ingat lagi
suatu malam
tika dikau bersengkang mata
menyiapkan tempahan jahitan,
semata-mata mencari nafkah buatku,
daku meningga
lkan teratak kasih mu
lari bersama kekasihku gelapku
meninggalkan juga penangan di pipimu
kerana dikau menghalang pemergianku.

Bonda,
nasihatmu masih segar kotak fikiranku
saat itu
kau berpesan agar meninggalkan cinta di bangku remaja,
kau berpesan agar mengawal nafsu dan perasaan juga
kau turut berpesan agar selalu bertindak mengikut agama
dan fikiran nan waras
namun ku ingkari jua.

Bonda,
suatu ketika
daku terdengar permohonanmu
terhadap Sang Khaliq
engkau meminta untuk menghembuskan nafas terakhirmu
di bumi suci Mekah setelah sempurna hajimu
lalu hajat mu termakbul
dan walid pulang tanpamu di sisi.

Bonda,
kutau kau sedang diazab di sana
atas derhakaku
terhadapmu
pemergianmu meninggalkan 1000 penyesalan
terhadaku
yang tidak akan kembali pulih seperti dulu
tanpamu
aku hancur, aku musnah
aku terombang-ambing di lautan api yang membakar.
 
Bonda,
jika kau masih di sisi ku
daku ingin melutut padamu
daku ingin memohon pintu taubat dan rahmat
dari hatimu
daku ingin mohon ampun bonda
dari hujung rambutmu hingga ke hujung kakimu
daku menyesali perlakuanku
daku insaf
ampunkan daku bonda tercinta.

Duhai Permataku




 Anakku,  
dari benih kau dijadikan,
dan dari rahimku,
adalah hidup kita hari ini.

Anakku,   
dikau permata hatiku,
lahirmu ke dunia,
bagaikan membuka 1000 pintu syurga,
lahirmu jua,
sebagai penyeri kuluwarga.

Anakku,   
usah kau durhaka,
usah kau membantah,
maupun meninggi suara,
kerana syurgamu
terletak di bawah telapak kakiku jua.

Anakku,  
kautau,
penat lelah ibu menjagamu,
membelaimu, membesarkanmu
serta memberikan didikan agama yang terbaik buatmu,
jerih, perih ku lalui semata-mata keranamu,
berkorban tenaga zahir dan batinku,
tidakku jua membenarkan sesiapa melukai perasaanmu
demi memastikan dirimu hidup bahagia,
dan berjaya.

Anakku,  
tika dikau telah dewasa,
tika dikau telah tiba di puncak sana,
tika dikau sedang bergembira,
tika itu juga,
barangkali aku sudah tiada di bumi Tuhan,
tika itu
dikau sudah tidak dapat lagi mendengar nasihatku,
suaraku serta tangisanku.

Anakku,   
jika saat itu tiada lagi senyuman terukir manis di bibirku,
ketahuilah kamu putera dan puteriku,
aku sedang terbaring di tanah perkuburan,
disoal oleh malaikat munkar dan nakir,
berpakaian kain putih suci berseri.

Anakku,   
ibu tidak meminta wangmu, emasmu,
hartamu, mahupun kemewahanmu,
tapi,
ibu merayu agar dirimu
menghadiahkan ibu
hanya senaskah surah al-Fatihah,
buat peneman ibu,
buat penyeri pusara ibu,
buat juga penyelamat ibu di sana.

Anakku,
jaga dirimu baik-baik,
jaga tingkahlakumu
serta perlakuan mu baik-baik,
jangan dikau sesekali melanggar perintah Tuhanmu,
jangan sesekali anakku,
taatilah suruhan dan larangan-Nya,
berusahalah anakku untuk menjadi
anak yang solehah,
isteri yang solehah
dan sentiasa
lah kamu berhijarah kea rah yang lebih baik.

Anakku,
selamat tinggal ,
selamat tinggal anakku
selamat tinggal dunia
doakan ibu di sana,
sayangku.