Sunday 29 December 2013

Duhai Permataku




 Anakku,  
dari benih kau dijadikan,
dan dari rahimku,
adalah hidup kita hari ini.

Anakku,   
dikau permata hatiku,
lahirmu ke dunia,
bagaikan membuka 1000 pintu syurga,
lahirmu jua,
sebagai penyeri kuluwarga.

Anakku,   
usah kau durhaka,
usah kau membantah,
maupun meninggi suara,
kerana syurgamu
terletak di bawah telapak kakiku jua.

Anakku,  
kautau,
penat lelah ibu menjagamu,
membelaimu, membesarkanmu
serta memberikan didikan agama yang terbaik buatmu,
jerih, perih ku lalui semata-mata keranamu,
berkorban tenaga zahir dan batinku,
tidakku jua membenarkan sesiapa melukai perasaanmu
demi memastikan dirimu hidup bahagia,
dan berjaya.

Anakku,  
tika dikau telah dewasa,
tika dikau telah tiba di puncak sana,
tika dikau sedang bergembira,
tika itu juga,
barangkali aku sudah tiada di bumi Tuhan,
tika itu
dikau sudah tidak dapat lagi mendengar nasihatku,
suaraku serta tangisanku.

Anakku,   
jika saat itu tiada lagi senyuman terukir manis di bibirku,
ketahuilah kamu putera dan puteriku,
aku sedang terbaring di tanah perkuburan,
disoal oleh malaikat munkar dan nakir,
berpakaian kain putih suci berseri.

Anakku,   
ibu tidak meminta wangmu, emasmu,
hartamu, mahupun kemewahanmu,
tapi,
ibu merayu agar dirimu
menghadiahkan ibu
hanya senaskah surah al-Fatihah,
buat peneman ibu,
buat penyeri pusara ibu,
buat juga penyelamat ibu di sana.

Anakku,
jaga dirimu baik-baik,
jaga tingkahlakumu
serta perlakuan mu baik-baik,
jangan dikau sesekali melanggar perintah Tuhanmu,
jangan sesekali anakku,
taatilah suruhan dan larangan-Nya,
berusahalah anakku untuk menjadi
anak yang solehah,
isteri yang solehah
dan sentiasa
lah kamu berhijarah kea rah yang lebih baik.

Anakku,
selamat tinggal ,
selamat tinggal anakku
selamat tinggal dunia
doakan ibu di sana,
sayangku.

No comments:

Post a Comment