Tuesday 31 December 2013

Metromillineum ku



“Papa, Felly nak ikut, boleh tak? Bolehlah papa. Felly nak sangat menjelajah kat Planet Hopez. Felly dah bosanlah dengan suasana  kat Planet Santhious ni. Felly nak jugak rasa kehidupan dekat planet baru tu. ”
“Yelah, nanti papa fikir-fikirkan.” 

               Planet Santhious yang diduduki oleh keluarga Felly merupakan planet ke-17. Setelah bergabung tenaga bersama P
rof. Fukuhama Kohana,  akhirnya Prof. Fathul Ashraf berhasil mecipta sebuah lagi planet ke-16 yang dikenali sebagai Planet Hopez. Kata Prof. Ashraf, di Planet Hopez, segala benda yang kita inginkan akan tercapai hanya dengan memasang niat di dalam hati. Sebelum itu, setiap orang yang ingin membina kehidupan di sana akan diberikan beberapa suntikan  dan hormon insulin ke dalam badan agar mereka dapat menyesuaikan diri serta menepati persekitaran kehidupan di sana.
*****
Suasana di meja makan. “Felly, mari sini, papa nak cakap sebentar. Kemahuan Felly untuk ke Planet Hopez akan papa tunaikan tapi dengan satu syarat.” “Apa dia pa? Cepatlah beritahu Felly. Felly dah tak sabar dah ni.” “Syaratnya, anak papa mesti tolong papa pujuk mama supaya  sama-sama ikut kita, boleh?”
“Boleh sangat pa. Tapi…… Mama sekarang kat mana? Ha, tulah akibatnya pa, sapa suruh papa jumpa Auntie Hallen? Kan mama dah jealous. Hehehe.”
“Anak papa ni memang suka sakat papa, kan? Papa jumpa Auntie tu pun sebab nak mintak tolong uji keberkesanan suntikan yang kita kena ambil kalau nak menjejakkan kaki kat Planet Hopez tu. Senang je dik, waktu-waktu macam ni mesti mama ke Swim Blue Mall. Mama kan suka beli-belah di dasar lautan, menikmati pemandangan kat sana sekali.”
“Baiklah pa. Tapi bila kita akan ke sana?”
“By this evening. Adik, nanti papa nak adik pandu sendiri Phyiten, boleh? Apa guna papa cipta kenderaan tu untuk adik kalau adik tak nak pandu sendiri, kan?”
“Allraight pa. Senang je. Thanks pa. I love so much, papa !”
*****
“Dik, be careful. Jangan pandu laju-laju, nanti berlanggar dengan kenderaan lain.
ADIIKKKKK !!”
“Pa tolong adik. Sakit.”
“Ha tu lah. Kan papa dah pesan tadi. Mana yang luka? Sini papa sapu penawar.”
                Prof Ashraf pun menyapu Rethane, penawar luka yang akan berkesan dalam masa hanya satu minit. Setelah itu, mereka meneruskan misi pencarian Mama Shyne. Mereka menggunakan pengesan yang boleh mencari kedudukan seseorang melalui cap ibu jari. Selepas pulang ke rumah, mereka pun berkemas barang keperluan yang perlu di bawa ke Planet Hopez. Mereka hanya membawa keperluan yang penting sahaja kerana perjalanan dari Planet Santhious ke Planet Hopez hanya memakan masa selama 5 minit dengan menaiki lif untuk ke permukaan langit. Di sana, mereka telahpun diberikan sutikan agar menepati suasana kehidupan di sana.
“ Papa, kenapa Felly rasa lain macam saja ni? Papa?! Papaaa!! Tolong Felly, pa!!”
“ Abang, kenapa ni? Apa yang tak kena dengan antidot dalam badan Felly? Abang, kenapa anak kita bertukar menjadi makhluk lain? “
 “Bertenang . Abang rasa, Felly terlebih suntikan dan menyebabkan keseluruhan tubuhnya berubah. Mari kita ke rumah baharu dulu. Abang janji akan pulihkan Felly.”
Lama-kelamaan, suara Felly kian lenyap. Felly yang kini telah berubah menjadi makhluk ganjil hanya boleh bergerak dalam keadaan mengesut. Setibanya mereka di kediaman baru, Prof. Asraf terus ke bilik operasinya. Di dalam bilik itu, terdapat pelbagai cecair serta teknologi baru yang dicipta dengan hasil titik peluhnya sendiri. Antidot yang pertama telah pun berjaya dihasilkan, namun setelah menyuntikkannya ke tubuh Felly, tiada keputusan yang positif. Tambahan pula, kulit anaknya itu berubah menjadi kuning kehijauan. Asraf sangat terkejut melihat keadaan itu lalu berusaha membuat lagi penawar yang lain.
“Hari ni dah hari ke-15 selepas perubahan susuk tubuh Felly. Masuk kali ni, aku dah hasilkan sepuluh antidot untuk dia, namun kesemuanya langsung tak berjaya. 20 buah buku telah pun menjadi sumber rujukan untuk aku hasilkan antidote ini. Kesemuanya tidak membantu walau sedikit pun. Apa yang aku perlu lakukan ni?!”.
               Asraf yang dilanda kebingungan tiba-tiba terfikir untuk menghubungi rakan baiknya, Prof. Madya Ahmed Muhammad dengan harapan agar beliau dapat membantunya. Prof Ahmed telah banyak membantunya sejak mula mereka berkenalan dahulu semasa di universiti tahun pertama pengajian. Sejak itu, hubungan mereka sangat akrab seperti air yang dicincang  takkan putus. Mereka menjadi adik beradik angkat yang sangat setia. Kini Prof Ahmed tinggal di Planet ke-14 iaitu Planet Triogrid.
“Jadi, apa kau nak aku tolong?”
“Tolong aku cipta penawar yang dapat menyembuhkan semuala anak aku tu, boleh Ahmed?”
“Boleh tu memang boleh, tapi kau mesti ikut aku jumpa Mac Zuragon. Hanya dia yang dapat pulihkan anak kau tu.”
“Ju jumpa Mac? Tak ada jalan lain kah? Aku tak berani lah.”
“Nak tak nak kau kene juga jumpa dia atau…….. anak kau akan kekal seperti tu. Bukan aku tidak mahu menolong dengan cara lain, tetapi, aku sendiri sudah ketandusan idea untuk menghasilkan antidote itu.”
“Baiklah kalau itu saja jalan yang tinggal,” Prof. Asraf terpaksa akur.
               Sir Mac Zuragon menetap di planet ke-16, Planet E. Z . Planet tersebut adalah planet yang ditakluk oleh sekumpulan pertubuhan jahat dengan pemerintahan yang kejam di bawah pentadbiran Sir Mac Zuragon. Planet ini telah dijumpai oleh Prof. Zack Ethan seorang prof yang taksub dengan alam semesta dan seorang mata duitan. Planet ini juga menempatkan persatuan-persatuan jahat. Mereka sedang membina sebuah angkatan tentera yang ganas dan mempunyai senjata perang yang sangat canggih.
*******
Kringgg… Kringggg..
 “Aduh, bisinglah. Siapa pula yang buat panggilan tu. Bruise, jawab tu. Kacau saja orang sedang berehat.”
“Bos, panggilan dari Prof. Ahmed. Dia mahu jumpa kita. Katanya, ingin meminta bantuan daripada kita. Hal business mungkin.”
“Apa?! Ha, bagus bagus… Kau cakap dengan dia, esok aku free. Tolong pesan, jangan bawa sebarang senjata atau senjata mereka akan dirampas. Suruh dia sediakan sejumlah wang sebagai duit advance. Hahaha”
“Baiklah bos! Hahaha”
                    Keesokannya, Ahmed dan Asraf bertolak ke Planet E.Z untuk bertemu Mac. Untuk bertemu dengan Mac serta kuncu-kuncunya, mereka perlu menyerahkan wang yang diminta oleh Mac. Setelah berjaya melepasi beberapa halangan, mereka pun bertemu dengan Mac lalu Ahmed menceritakan segala-galanya kepada Mac.
“Jadi sekarang kau berdua mahu aku pulihkan dia? Boleh, tapi dengan syarat. Sebagai gantian antidot yang aku hasilkan nanti, kau mesti serahkan Planet Santhious kepada aku. Alah, kau kan dah ada Hopez. Rilex la, Hopez ciptaan baru kau itu kan lebih canggih. Nanti aku akan suruh Professor Ethan untuk menyediakan antidote itu secepat mungkin.” tambah Mac lagi.
Setelah mendengar kata-kata Mac, Asraf dilanda kebuntuan lalu dia meminta Mac supaya memberinya masa untuk berfikir. Jadi, Mac memberi masa selama 3 hari untuk Asraf memikirkan kata putus.
******
Planet Trogrid merupakan planet yang ditakluk oleh tiga orang pemerintah yang bijak, bertanggugjawab, bersefahaman dan penduduknya sering hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Di sana, mereka menjalankan pemerintahan yang adil dan saksama, serta diketuai oleh Sheikh Abduh Muhammad (permerintah pertama), Professor Dr. Uthman (pemerintah kedua) dan Sheikh Naquib Al-Arabi yang merupakan pemerintah ketiga.
Planet ini menempatkan orang-orang  mukmin yang memperjuangkan nama Islam dan masa depan masyarakat Islam. Seperti Planet E.Z, iaitu planet ke-13, planet Triogrid juga mempunyai angkatan tentera perang yang kukuh dan gagah. Mereka juga mempunyai strategi perang yang mantap dan jarang sekali dapat ditumpaskan oleh pihak lawan. Oleh sebab Prof. Ahmed menjalinkan hubungan baik dengan ketiga-tiga pemerintah tersebut, beliau sering mendapat pertolongan dan bantuan. Oleh kerana terlalu memikirkan tentang rakannya Asraf, Ahmed mengambil keputusan untuk meminta nasihat daripada sahabat-sahabatnya dari Planet Triogrid. Rakan-rakannya di Planet Triogrid memberinya nasihat supaya jangan terlibat dengan tipu muslihat Mac. Oleh itu, Ahmed pun memberi pandangannya kepada Asraf dan Asraf telah bersetuju untuk mendapatkan bantuan daripada Planet Triogrid.
*****
Setelah Mac mendapat tahu bahawa Asraf akan mendapatkan pertolongan daripada Planet Triogrid dan peluangnya untuk menakluki Planet Santhious semakin tipis, dia telah membuat keputusan untuk menyerang Planet Santhious.
“Aku mahu kau sediakan angkatan perang kita kerana esok kita ada hari yang penting!”
“Apakah yang sedang berlaku hinggakan kau menjadi tidak senang duduk seperti cacing kepanasan ini? cuba kau beritahu aku.” balas Prof Ethan.
“Si Asraf tu sudah melampau! Berani dia meminta pertolongan daripada Planet alim itu?! Dia sudah berpaling tadah dan peluang aku untuk menakluki Planet Hopez semakin tipis! Aku tidak puas hati!.”
*****
Pada keesokan harinya, Mac melancarkan serangannya yang pertama hingga hamper separuh daripada Planet itu hancur dan Mac juga ada meninggalkan pesannya yang menyatakan bahawa, jika Asraf meminta bantuan daripada Planet Triogrid, dia akan menghancurkan keseluruhan Planet Santhious. Asraf yang kebuntuan lantas meminta kata putus daripada Sheikh Abduh Muhammad iaitu pemerintah utama Planet Triogrid.
Sheikh Abduh Muhammad lalu menasihati Asraf untukmenerima bantuan daripada Mac. Namun begitu, Mac yang masih marahkan Asraf meminta supaya Asraf membayar antidote itu dengan dua kali ganda daripada bayaran sebenar. Asraf tidak setuju lalu berlaku pertelingkahan antara Asraf dengan Mac.
“Kau tunggulah serangan kami yang kedua nanti!”, balas Mac dengan marah. kemarahannya tidak dapat dibendung lagi hinggakan dia memasang niat untuk memusnahkan keseluruhan Planet Santhious, Planet Hopez dan Planet Triogrid.
 “Kita perlu menyusun strategi perang kerana Mac telah mengishtiharkan perang ke atas Planet-planet kita,” kata Sheikh Naquib Al-Arabi, iaitu pemerintak ketiga Planet Triogrid.
“Ya. Betul tu!,” balas Asraf.
*****
Maka, keesokan harinya, penduduk-penduduk di Planet Santhious telah dipindahkan ke Planet Triodrid kerana di situlah satu-satunya tempat yang selamat didiami manakala semua angkatan tentera telah bersiap sedia untuk membalas serangan daripada Mac.
Tiba-tiba, kedengaran suara Mac, “Seraaaaaaaannnngggg!!!!!.”
Maka, peperangan antara Planet E.Z dan Planet Santhious pun bermula. Dengan adanya bantuan daripada Planet Triogrid, peluang untuk Asraf memenangi peperangan itu mungkin besar. Namun begitu, Mac yang membawa angkatan perang dengan senjata-senjata yang canggih ditambah pula dengan raksasa ciptaan Prof. Ethan menyebabkan peperangan itu berlarutan dan semakin sengit.
Sementara itu, di Planet Triogrid, Professor Dr. Uthman, iaitu pemerintah kedua Planet Triogrid meminta supaya semua penduduknya supaya berdoa mereka akan memperoleh kejayaan daripada peperangan itu sekali gus dapat merampas antidote yang dicipta oleh Prof. Ethan untuk memulihkan semula Felly.
*****
“Asraf, kau pergi ke makmal Professor Ethan sekarang! Biar kami uruskan Mac dan tentera-tenteranya di sini!,” kata Ahmed.
“Baiklah! Biar aku saja yang pergi merampas antidote itu daripada Ethan! Kita pasti akan berjaya!.”
Setibanya Asraf di makmal, dia ternampak antidote itu lalu segera mengambilnya. Namun begitu, sejurus sahaja dia mengambilnya, Prof Ethan telah menyerang hendap Asraf. Asraf kemudiannya menyerang kembali Ethan. Pertelingkahan antara Ethan dan Asraf berakhir apabila Asraf mencurahkan sejenis cecair ke arah Ethan yang membuatkan Ethan menjadi lumpuh. Setelah mendapatkan antidote itu, Asraf segera kembali ke Planet Triogrid dan memberikan kepada anaknya, Felly. Namun begitu, Felly masih belum menunjukkan kesan yang positif.
“Abang, kenapa antidote ini tidak berkesan terhadap Felly?, ” tanya Shyne.
“Sabar. Mungkin akan memakan masa sedikit.” pujuk Asraf
Sementara itu, peperangan epic yang berlaku antara Mac dengan tentera gabungan Planet Santhious dan Planet Triogrid berakhir apabila Sheikh  Abduh Muhammad yang mengetuai peperangan itu berjaya melumpuhkan tentera Mac dengan berjaya menumpaskan Mac sewaktu berlawan pedang. Manakala di Trogrid pula, Felly telah berjaya kembali menjadi manusia yang normal semula.
“Alhamdulillah, semuanya sudah selamat dan kembali normal,” ujar Sheikh Abduh Muhammad lega.
“Ya, Alhamdulillah. Selepas ini, kami akan bantu Asraf untuk membaik pulih Planet Santhious,” balas Ahmed.
“Terima kasih, ya. Kalaulah dari awal saya tidak putus asa untuk mencari antidote untuk Felly, tentu semua ini tidak akan berlaku. Maafkan saya kerana telah menyusahkan kalian semua,” ujar Asraf kesal.
“Sudahlah Asraf, yang penting kita semua selamat dan Felly sudah kembali normal,” balas Sheikh Abduh Muhammad.
Sejak daripada pertempuran itu, Planet E.Z telah pun musnah dan lenyap sama sekali. Manakala ketiga-tiga Planet Santhious, Planet Hopez dan Planet Triogrid hidup dalam keadaan aman dan mereka saling bekerjasama dalam pelbagai hal. Maka, dengan adanya kerjasama erat antara ketiga-tiga planet itu, era Metromillenium pun bertambah maju dan sering dikagumi oleh penduduk-penduduknya.

Sunday 29 December 2013

Ku Pohon Restumu



Bonda,
ku merindukanmu
ku inginkanmu
ku mahukan kamu
kemba
lilah bersamaku
menjalani hari-hari seperti duhulu
bondaku
.

Bonda,
daku mohon ampun bonda,
kini daku
sedari kekhilafanku,
wahai bondaku…
dengarlah…..
bonda !!

Bonda,
hari ini kau telah tiada
hari ini juga aku meningkat dewasa,
hari ini aku sudah bergelar seorang bonda
zuriatku kini,
lahirnya tanpa seorang bapa.

Bonda,
dahulu daku ingkar nasihatmu,
daku melawan kata-katamu,
daku menafikan peringatan darimu,
aku terlalu didorong nafsu
manaruh kasih dan sayang
dari insan yang bukan mahramku
yang bukan jodoh terbaik untukku
yang akhirnya telah memakan diriku.

Bonda,
aku masih ingat lagi
suatu malam
tika dikau bersengkang mata
menyiapkan tempahan jahitan,
semata-mata mencari nafkah buatku,
daku meningga
lkan teratak kasih mu
lari bersama kekasihku gelapku
meninggalkan juga penangan di pipimu
kerana dikau menghalang pemergianku.

Bonda,
nasihatmu masih segar kotak fikiranku
saat itu
kau berpesan agar meninggalkan cinta di bangku remaja,
kau berpesan agar mengawal nafsu dan perasaan juga
kau turut berpesan agar selalu bertindak mengikut agama
dan fikiran nan waras
namun ku ingkari jua.

Bonda,
suatu ketika
daku terdengar permohonanmu
terhadap Sang Khaliq
engkau meminta untuk menghembuskan nafas terakhirmu
di bumi suci Mekah setelah sempurna hajimu
lalu hajat mu termakbul
dan walid pulang tanpamu di sisi.

Bonda,
kutau kau sedang diazab di sana
atas derhakaku
terhadapmu
pemergianmu meninggalkan 1000 penyesalan
terhadaku
yang tidak akan kembali pulih seperti dulu
tanpamu
aku hancur, aku musnah
aku terombang-ambing di lautan api yang membakar.
 
Bonda,
jika kau masih di sisi ku
daku ingin melutut padamu
daku ingin memohon pintu taubat dan rahmat
dari hatimu
daku ingin mohon ampun bonda
dari hujung rambutmu hingga ke hujung kakimu
daku menyesali perlakuanku
daku insaf
ampunkan daku bonda tercinta.