Ianya Amalan
Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah
bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu
solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut.
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam, baginda bersabda:
يُصْ
بِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ
أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ
صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ
عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
وَيُجْزِئُ مِنْ
ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus
dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah
sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa
Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah,
menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah.
Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam
Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa
mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim
bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ
تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat
empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi
kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam
Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada
dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal
terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah.
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallambersabda:
مَنْ صَلَّى
الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ
الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى
رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ
تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap
duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan
meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala
sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda:
Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat
Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang
mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
صَلاَةُ
الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.
- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa
Qashruhaa, no: 748.
TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu
sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12
minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya
setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika
tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati
laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam
Asy-Syarhul Mumti’:
Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan
solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.
Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian
adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى
الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ
الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى
رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ
تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap
duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan
meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
صَلاَةُ
الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.
- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa
Qashruha, no: 748.
Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan
tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan
hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat
rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan
dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.
Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat
Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.
أُمِّ هَانِئٍ
فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ
بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ
فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى
ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.
Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat
tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju
tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya
Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu
baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.
Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah
riwayat seperti dibawah:
وَعِنْد
اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى
اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,
وَمَنْ صَلَّى
أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ
اَلْيَوْمَ ,
وَمَنْ صَلَّى
ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى
اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ
Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan:
Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang
lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang
yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya
pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam
golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka
dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349
ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis
ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang
terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun
dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata
sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan
oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis
ini dha’if. Wallahu’alam.
Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada
batasan yang tertentu adalah:
مُعَاذَةُ أَنَّهَا
سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
كَمْ كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟
قَالَتْ: أَرْبَعَ
رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.
Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang
dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
No comments:
Post a Comment